Wednesday, June 13, 2012

SEM BARU BAKAL MENANTI

 hari pendaftaran pelajar senior . tak sangka aku dah nak masuk sem 5 . rasa macam baru semalam mak aku tukarkan lampin , belajar bertatih bla bla bla . banyak benda aku tak ready lagi . yuran belum bayar . pendaftaran online tak buat lagi . barang tak beli , tak pack . otak pun masih lagi berehat dan belum ready nak belajar . hmm . banyak lagi cabaran yang aku kena hadapi sem 5 ni . bersiap sedia nak hadapi assignment , tutorial , test , quiz dan bla bla bla . aku sangat sangat berharap aku tak akan sakit teruk dan tak akan pergi lagi hospital sabak bernam buat kali kedua . mula sem baru , mula je tahun baru mesti ada penyakit yang datang . ujian dari ALLAH .


11/07/2012 aku akan berangkat pulang ke kampung kedua aku iaitu sabak bernam . benda baru yang akan aku hadapi ialah cabaran tinggal di luar asrama . biasalah budak baru habis practical memang akan duduk luar . at least sebulan baru dapat keputusan untuk rayuan asrama . banyak pakai duit . even PTPTN tak dapat lagi tapi aku dah start buat bajet . kena asingkan duit sewa rumah terlebih dahulu , kurangkan beli barang yang tak penting , kurangkan MAKAN ! duit MABAH pun tak cukup . actually aku tak nak susahkan mak dengan abah . hopefully semua nya dalam keadaan baik sepanjang sem 5 dan 6 nanti . mungkin agak tertekan sikit sebab final project dah menanti . i'm gonna miss my home , dan lagi lagi mak . sekarang ni pun dah rasa rindu . tak sampai hati nak tinggalkan mak sorang sorang . maklum aku sorang je anak perempuan .


POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH view .

No comments:

Post a Comment